← Kembali ke Senarai Blog

Taktik Psikologi Harga Yang Terbukti Menaikkan Jualan (Pricing Psychology)

Taktik Psikologi Harga Yang Terbukti Menaikkan Jualan (Pricing Psychology)

Pernahkah anda terfikir mengapa banyak pasar raya meletakkan tanda harga RM9.99 berbanding RM10.00? Adakah penjimatan satu sen itu benar-benar bermakna? Dalam dunia perniagaan dan pemasaran, ini dikenali sebagai Psikologi Harga (Pricing Psychology). Perubahan yang sangat kecil pada cara anda memaparkan nombor mampu mempengaruhi otak pelanggan untuk terus membeli.

1. Taktik "Charm Pricing" (Nombor 9)

Ini adalah taktik yang paling popular di dunia. Otak manusia memproses huruf dan nombor dari kiri ke kanan (Left Digit Effect). Apabila prospek melihat harga RM199, otak separa sedar mereka mengkategorikan harga tersebut di dalam zon "Satu ratus lebih". Namun, apabila harga bertukar ke RM200, ia telah masuk ke zon yang berbeza iaitu "Dua ratus lebih". Walaupun beza hanya RM1, rintangan emosi (emotional friction) pada harga RM200 adalah jauh lebih besar.

2. Kuasa Tiga Pilihan (The Decoy Effect)

Bayangkan anda menjual pelan langganan WeaLink. Pilihan A: Pelan Biasa (RM20). Pilihan B: Pelan VIP (RM80). Ramai akan memilih A kerana B dirasakan terlalu mahal. Sekarang, kita perkenalkan Decoy (Umpan). Pilihan A: Pelan Biasa (RM20). Pilihan B: Pelan VIP Biasa (RM70). Pilihan C: Pelan VIP Premium Sepanjang Hayat (RM80). Tiba-tiba, Pilihan C kelihatan sangat berbaloi kerana ia jauh lebih baik dari B dengan hanya tambahan RM10. Majoriti akan menukar keputusan kepada Pilihan C!

3. Kontras Harga Asal vs Harga Diskaun

Jangan sekadar meletakkan harga "RM50". Prospek tidak tahu adakah ia murah atau mahal. Sebaliknya, letakkan harga asal dengan garisan potong (strikethrough) yang besar. Contoh: RM100 RM50 (Jimat 50%). Otak manusia gila kepada perkataan "Jimat" dan "Diskaun". Paparan visual kontras ini merembeskan dopamin yang membuatkan mereka rasa mereka pemenang kerana mendapat tawaran (bargain) yang hebat.

4. Peraturan "Rule of 100" Dalam Diskaun

Pakar pemasaran pakat bersetuju: Jika harga barang di bawah RM100, gunakan "Peratusan Diskaun" (Contoh: Baju RM50, Diskaun 20%). Ia berbunyi tinggi. Jika harga barang melebihi RM100, gunakan "Nilai Ringgit" (Contoh: Laptop RM2000, Diskaun RM400). Jika anda guna "Diskaun 20%" pada laptop, ia berbunyi kurang menarik. Gunakan nombor yang kedengaran paling "besar".

5. Pembuangan Simbol RM

Untuk kedai-kedai restoran bertaraf premium (fine dining) atau peniaga barangan mewah, mereka sengaja membuang simbol "RM" atau ".00" pada buku menu. Contoh: Steak Wagyu dipaparkan sebagai "150" dan bukannya "RM150.00". Kajian Cornell University membuktikan ketiadaan simbol mata wang membuatkan pelanggan "terlupa" tentang rasa "sakit" mengeluarkan wang, menjadikan mereka sanggup membelanjakan lebih banyak wang.

Kesimpulan

Seni menetapkan harga adalah senjata rahsia dalam memaksimumkan keuntungan. Guna mana-mana satu teknik psikologi ini dan kemaskini katalog WhatsApp atau senarai pautan WeaLink anda hari ini!